Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Bentuk 2D-Bentuk Didi ke cikgu?

Bentuk Didi ke Cikgu Taqiyuddin, Adohai, tidak mengapa..Disebabkan kamu baru memasuki topik dan baru mengenal topik bentuk 2D ini, cikgu akan menerangkan serba sedikit tentang jenis-jenis bentuk 2D.


Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D) ?



Definisi
  • Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar.
  • Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar.



Ciri-ciri
  • Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang.
  • Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata.
  • Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur.
  • Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.
Contoh-contoh Bentuk Dua Dimensi(2D)


Segi empat sama
  • 4 sisi sama panjang
  • 4 bucu
Segi empat tepat

  • 4 sisi
  • 2 sisi yang bertentangan adalah sama panjang
  • 4 bucu
Bulat
  • mempunyai sisi melengkung
  • tidak mempunyai bucu
Segi tiga
  • 3 sisi
  • 2 bucu
Pentagon
  • 5 sisi
  • 5 bucu
Heksagon

  • 6 sisi
  • 6 bucu
Heptagon
  • 7 sisi
  • 7 bucu
Oktagon




  • -Mempunyui 8 sisi
  • -Mempunyai lapan bucu


  • Sila tekan linkwebsite di bawah dan cetak latihan untuk aktiviti pengukuhan:

  • Monday, September 10, 2012

    Kita Nak Belajar Potong Pizaa....Boleh Makan Ke?

    Betul ke? biar betul? Hari ini, kamu semua akan diajar dalam kelas cikgu akan teknik membuat ptongan kepada pizza dengan betul dan kamu boleh memakannya. Pizza tersebut akan cikgu belanja dengan duit kamu.Hehhe

    Sebenarnya, kamu akan diajar mengenai topik pecahan pada hari ni.

    Apakah itu pecahan?



    Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.
    Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.


    satu per dua @ one-half


    satu per empat @ one-quarter


    tiga per lapan @ three-eighths

    Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong



    Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)

    Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka)

    (merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)



    Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)

    (merujuk cerita piza di atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)

    Contohnya:


    1 ---> pengangka
    2 ---> penyebut

    Tips:
    Untuk mengingat nama bagi setiap pengangka dan penyebut guru bolehlah tekankan bahawa pengangka = angka dan angka adalah number dalam BI lalu diingati sebagai numerator.
    Bagi penyebut pula, guru boleh gunakan "Down"-ominator dan down adalah bawah maka denominator adalah nama bagi penyebut.



    Papan Manik? Apa Tu?

    Bangun-bangun adik-adik! .Tak elok tidur lama-lama di siang hari....hehe. Mengata orang C.Taqiyuddin ni, padahal dia pun baru bangun. Owh, tidak!Tidak sama sekali.. cikgu memang akan tidur sekejap sahaja di siang hari, itupun kalau kepenatan yang teramat....bukan apa?sebab cikgu rasa banyak yang boleh dilakukan di siang hari dan khuatir tak dapat melelapkan mata di malam hari. Itu akan menyebabkan mata cikgu perlu disekat dengan menggunakan duit syiling supaya tidak terlelap di kelas dan apa yang lebih membimbangkan cikgu tidak mampu mengajar anak-anak murid cikgu dengan baik pada keesokannya.



    Hari ini cikgu mahu memperkenalkan suatu barang ajaib yang baru dihasilkan..Papan manik ajaib yang akan dipasarkan di Pameran Inovasi Malaysia 2012 dengan harga RM 500 .Heheh.Itu tidak lebih daripada gurauan semata-mata:


    Inilah yang dinamakan papan manik


    Untuk adik-adik tahun 2 sekolah rendah di peringkat awal pembelajaran topik penolakan, adik-adik perlu tahu yang penolakan dapat dibahagikan kepada dua iaitu :

    - Penolakan tanpa pengumpulan semula
    - Penolakan dengan pengumpulan semula.

    Apabila ditanya oleh guru berkaitan soalan penolakan tanpa pengumpulan semula, semua gembira dan ingin menulis jawapan di papan putih. Namun, apabila ditanya berkaitan soalan dengan pengumpulan semula, semuanya bagaikan patah leher dan mahu menyorok dalam meja.

    Keliru, tidak yakin dan susah!Ya, cikgu faham masalah adik-adik. Dengan penggunaan papan manik ini, adik-adik hanya perlu menulis ayat soalan dalam bentuk lazim dan menyelesaikan dengan menggunakan manik dan memotongnya satu persatu. Dengan jawapan yang telah tersedia, adik-adik akan mampu mendapatkan jawapannya dengan betul dan tepat.

    Selamat bergembira dengan alat ajaib yang direka khas oleh cikgu ini. Bye2.....=)