Apa khabar semuanya dan harapnya semua baik-baik sahaja.
Sudahkan adik-adik makan? Sudahkan adik-adik solat?
Adohoooo, kuatnya suara.Sakit telinga cikgu Didiey.Cikgu tahu mesti semua bersemangat mengatakan YA!! Ini reaksi kalian....
NAMUN, TETAPI.......
Lihat pula apa reaksi adik2 apabila cikgu menanyakan berkaitan kerja rumah khusunya yang berkait dengan matematik.Adakah adik-adik telah menyiapkan kerja rumah ?Adakah adik-adik telah menyiapkan latihan Matematik yang diberikan oleh cikgu matematik di sekolah tadi. Peluh besar mula kelihatan. Kelas kelihatan sunyi ibarat situasi di dalam hutan pada waktu malam:
Matematik itu seperti bermain bola adik-adik. Eh3, kejap, kejap!Kenapa kamu mahu menendang bola ke arah cikgu matematik kamu yang nak masuk mengajar. Jangan salah faham.Ok, cikgu mahu tanya. Siapa suka main bola? Tengok, semua menjerit "saya suka main bola". Boleh cikgu tahu siapa tak pandai tendang bola? Ok, tiada siapa dalam kalangan adik-adik yang tidak tahu menendang bola.
Sama juga dalam matematik. Kalau adik-adik berjaya memahami apa yang diajar oleh cikgu adik-adik, mesti adik-adik akan merasakan matematik adalah subjek yang paling diminati dan berasa ternant-nanti kehadiran cikgu matematik:
Ada dua tips yang cikgu mahu berikan kepada adik-adik:
- Tumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar adik-adik
- Banyakkan membuat latihan selain daripada kerja rumah.
Ok, Adik-adik. Cikgu berharap adik-adik menjadi orang yang genius dalam subjek ini. Matematik itu semudah menendang bola.
No comments:
Post a Comment