Betul ke? biar betul? Hari ini, kamu semua akan diajar dalam kelas cikgu akan teknik membuat ptongan kepada pizza dengan betul dan kamu boleh memakannya. Pizza tersebut akan cikgu belanja dengan duit kamu.Hehhe
Sebenarnya, kamu akan diajar mengenai topik pecahan pada hari ni.
Apakah itu pecahan?
Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.
Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.
satu per dua @ one-half
satu per empat @ one-quarter
tiga per lapan @ three-eighths
Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong
Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)
Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka)
(merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)
Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)
(merujuk cerita piza di atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)
Contohnya:
1 ---> pengangka
2 ---> penyebut
Tips:
Untuk mengingat nama bagi setiap pengangka dan penyebut guru bolehlah tekankan bahawa pengangka = angka dan angka adalah number dalam BI lalu diingati sebagai numerator.
Bagi penyebut pula, guru boleh gunakan "Down"-ominator dan down adalah bawah maka denominator adalah nama bagi penyebut.
No comments:
Post a Comment