Hari ini cikgu mahu memperkenalkan suatu barang ajaib yang baru dihasilkan..Papan manik ajaib yang akan dipasarkan di Pameran Inovasi Malaysia 2012 dengan harga RM 500 .Heheh.Itu tidak lebih daripada gurauan semata-mata:
Inilah yang dinamakan papan manik
Untuk adik-adik tahun 2 sekolah rendah di peringkat awal pembelajaran topik penolakan, adik-adik perlu tahu yang penolakan dapat dibahagikan kepada dua iaitu :
- Penolakan tanpa pengumpulan semula
- Penolakan dengan pengumpulan semula.
Apabila ditanya oleh guru berkaitan soalan penolakan tanpa pengumpulan semula, semua gembira dan ingin menulis jawapan di papan putih. Namun, apabila ditanya berkaitan soalan dengan pengumpulan semula, semuanya bagaikan patah leher dan mahu menyorok dalam meja.
Keliru, tidak yakin dan susah!Ya, cikgu faham masalah adik-adik. Dengan penggunaan papan manik ini, adik-adik hanya perlu menulis ayat soalan dalam bentuk lazim dan menyelesaikan dengan menggunakan manik dan memotongnya satu persatu. Dengan jawapan yang telah tersedia, adik-adik akan mampu mendapatkan jawapannya dengan betul dan tepat.
Selamat bergembira dengan alat ajaib yang direka khas oleh cikgu ini. Bye2.....=)
No comments:
Post a Comment