Tuesday, September 11, 2012

Bentuk 2D-Bentuk Didi ke cikgu?

Bentuk Didi ke Cikgu Taqiyuddin, Adohai, tidak mengapa..Disebabkan kamu baru memasuki topik dan baru mengenal topik bentuk 2D ini, cikgu akan menerangkan serba sedikit tentang jenis-jenis bentuk 2D.


Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D) ?



Definisi
  • Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar.
  • Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar.



Ciri-ciri
  • Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang.
  • Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata.
  • Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur.
  • Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.
Contoh-contoh Bentuk Dua Dimensi(2D)


Segi empat sama
  • 4 sisi sama panjang
  • 4 bucu
Segi empat tepat

  • 4 sisi
  • 2 sisi yang bertentangan adalah sama panjang
  • 4 bucu
Bulat
  • mempunyai sisi melengkung
  • tidak mempunyai bucu
Segi tiga
  • 3 sisi
  • 2 bucu
Pentagon
  • 5 sisi
  • 5 bucu
Heksagon

  • 6 sisi
  • 6 bucu
Heptagon
  • 7 sisi
  • 7 bucu
Oktagon




  • -Mempunyui 8 sisi
  • -Mempunyai lapan bucu


  • Sila tekan linkwebsite di bawah dan cetak latihan untuk aktiviti pengukuhan:

  • UPSR..Boleh ke 5A?!


    Kenapa la dulu aku tak mahu belajar rajin-rajin?Kenapa la dulu aku selalu ponteng sekolah?
    Kenapa la dulu aku selalu melepak di supermarket.? Kalaulah aku tahu seteruk ini akan jadi dengan malas belajar, aku akan belajar bersungguh-sungguh. Kalaulah aku tahu seteruk ini akan jadi dengan malas belajar, aku tak gi melastik burung masa sekolah .

    Adik-adik, menyesal air mata darah pun dah takde gunanya. Gunakan peluang yang diberikan oleh emak ayah adik-adik untuk buktikan adik-adiklah yang bakal menjadi kebanggaan mereka kelak..Ayoh, Kita Bangkit Dari Tidur, Adik-adik yang cikgu sayangi....!!





    Haaa, macam ni lah gayanya kalau mahu belajar. Muka sentiasa ceria. Cikgu tujukan post cikgu kali ini buat adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya!! Ibu bapa, cikgu-cikgu, ahli keluarga dan rakan-rakan sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik..5A dalam genggaman.InsyaAllah.Go..Go...Go..!!!

    Monday, September 10, 2012

    Kita Nak Belajar Potong Pizaa....Boleh Makan Ke?

    Betul ke? biar betul? Hari ini, kamu semua akan diajar dalam kelas cikgu akan teknik membuat ptongan kepada pizza dengan betul dan kamu boleh memakannya. Pizza tersebut akan cikgu belanja dengan duit kamu.Hehhe

    Sebenarnya, kamu akan diajar mengenai topik pecahan pada hari ni.

    Apakah itu pecahan?



    Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.
    Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.


    satu per dua @ one-half


    satu per empat @ one-quarter


    tiga per lapan @ three-eighths

    Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong



    Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)

    Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka)

    (merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)



    Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)

    (merujuk cerita piza di atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)

    Contohnya:


    1 ---> pengangka
    2 ---> penyebut

    Tips:
    Untuk mengingat nama bagi setiap pengangka dan penyebut guru bolehlah tekankan bahawa pengangka = angka dan angka adalah number dalam BI lalu diingati sebagai numerator.
    Bagi penyebut pula, guru boleh gunakan "Down"-ominator dan down adalah bawah maka denominator adalah nama bagi penyebut.



    Papan Manik? Apa Tu?

    Bangun-bangun adik-adik! .Tak elok tidur lama-lama di siang hari....hehe. Mengata orang C.Taqiyuddin ni, padahal dia pun baru bangun. Owh, tidak!Tidak sama sekali.. cikgu memang akan tidur sekejap sahaja di siang hari, itupun kalau kepenatan yang teramat....bukan apa?sebab cikgu rasa banyak yang boleh dilakukan di siang hari dan khuatir tak dapat melelapkan mata di malam hari. Itu akan menyebabkan mata cikgu perlu disekat dengan menggunakan duit syiling supaya tidak terlelap di kelas dan apa yang lebih membimbangkan cikgu tidak mampu mengajar anak-anak murid cikgu dengan baik pada keesokannya.



    Hari ini cikgu mahu memperkenalkan suatu barang ajaib yang baru dihasilkan..Papan manik ajaib yang akan dipasarkan di Pameran Inovasi Malaysia 2012 dengan harga RM 500 .Heheh.Itu tidak lebih daripada gurauan semata-mata:


    Inilah yang dinamakan papan manik


    Untuk adik-adik tahun 2 sekolah rendah di peringkat awal pembelajaran topik penolakan, adik-adik perlu tahu yang penolakan dapat dibahagikan kepada dua iaitu :

    - Penolakan tanpa pengumpulan semula
    - Penolakan dengan pengumpulan semula.

    Apabila ditanya oleh guru berkaitan soalan penolakan tanpa pengumpulan semula, semua gembira dan ingin menulis jawapan di papan putih. Namun, apabila ditanya berkaitan soalan dengan pengumpulan semula, semuanya bagaikan patah leher dan mahu menyorok dalam meja.

    Keliru, tidak yakin dan susah!Ya, cikgu faham masalah adik-adik. Dengan penggunaan papan manik ini, adik-adik hanya perlu menulis ayat soalan dalam bentuk lazim dan menyelesaikan dengan menggunakan manik dan memotongnya satu persatu. Dengan jawapan yang telah tersedia, adik-adik akan mampu mendapatkan jawapannya dengan betul dan tepat.

    Selamat bergembira dengan alat ajaib yang direka khas oleh cikgu ini. Bye2.....=)

    Matematik Itu Semudah Menendang Bola

    Assalamualaikum dan selamat pagi adik-adik yang amat cikgu sayangi.
    Apa khabar semuanya dan harapnya semua baik-baik sahaja.
    Sudahkan adik-adik makan? Sudahkan adik-adik solat?
    Adohoooo, kuatnya suara.Sakit telinga cikgu Didiey.Cikgu tahu mesti semua bersemangat mengatakan YA!! Ini reaksi kalian....




    NAMUN, TETAPI.......


    Lihat pula apa reaksi adik2 apabila cikgu menanyakan berkaitan kerja rumah khusunya yang berkait dengan matematik.Adakah adik-adik telah menyiapkan kerja rumah ?Adakah adik-adik telah menyiapkan latihan Matematik yang diberikan oleh cikgu matematik di sekolah tadi. Peluh besar mula kelihatan. Kelas kelihatan sunyi ibarat situasi di dalam hutan pada waktu malam:



    Matematik itu seperti bermain bola adik-adik. Eh3, kejap, kejap!Kenapa kamu mahu menendang bola ke arah cikgu matematik kamu yang nak masuk mengajar. Jangan salah faham.Ok, cikgu mahu tanya. Siapa suka main bola? Tengok, semua menjerit "saya suka main bola". Boleh cikgu tahu siapa tak pandai tendang bola? Ok, tiada siapa dalam kalangan adik-adik yang tidak tahu menendang bola.

    Sama juga dalam matematik. Kalau adik-adik berjaya memahami apa yang diajar oleh cikgu adik-adik, mesti adik-adik akan merasakan matematik adalah subjek yang paling diminati dan berasa ternant-nanti kehadiran cikgu matematik:

    Ada dua tips yang cikgu mahu berikan kepada adik-adik:

    - Tumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar adik-adik
    - Banyakkan membuat latihan selain daripada kerja rumah.

    Ok, Adik-adik. Cikgu berharap adik-adik menjadi orang yang genius dalam subjek ini. Matematik itu semudah menendang bola.